Tompek Den Ado Najib Kocik
YB Dato’ Hj Hasan Bin Malek , mendengar nama tersebut
diumumkan sebagai Menteri di Kabinet Persekutuan 2013 semalam oleh PM @NajibRazak, seluruh pengunjung kedai makan KP Corner
melonjak gembira seolah olah Malaysia
memenangi kembali Piala AFC. Begitulah sambutan kegembiraan masyarakat Kuala Pilah
terhadap pelantikan YB Datuk Hj Hasan Bin Malek, Ahli Parlimen Kuala Pilah sebagai
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal
Ehwal Pengguna . Keakraban Ahli
Parlimen Kuala Pilah ini bersama masyarakat tempatan memang tidak dapat dinafikan,
sehingga beliau sering dilabel sebagai ayah angkat kepada masyarakat Kuala Pilah.
Saya masih ingat sewaktu pertama kali bertemu beliau pada
2005 , di sebuah program penyampaian baju seragam dan peralatan sekolah kepada
anak anak India yang kurang mampu di Pekan Selaru ; beliau hadir tepat pada
waktu pelancaran program dan duduk disebelah saya sambil memperkenalkan diri
beliau sebagai wakil rakyat kawasan tersebut dan mempelawa saya untuk menjamu
selera kuih dan teh yang telah dihidangkan diatas meja. Kesederhanaan
berpakaian dan tutur kata beliau yang sangat sopan membuatkan saya timbul rasa
hormat yang sangat tinggi terhadap beliau, serta menjadi penyokong setia beliau
sejak pertemuan kami tersebut. Beliau tidak pernah memilih agama,etnik ,bangsa
, warna kulit,kaya atau miskin dalam membantu masyarakat.
Pelbagai program kami anjurkan bersama sejak pertemuan tersebut untuk masyarakat India Kuala Pilah, dan beliau memiliki minat yang sangat tinggi terhadap pendidikan belia belia India. Setiap kali pertemuan
topik pendidikan kaum India pasti tidak pernah dilupakan oleh beliau.
Beliau juga tidak pernah ketinggalan dalam membantu NGO NGO India dikawasan Kuala Pilah , nilai berjuta telah dibelanjakan untuk pembangunan kebajikan kaum India Kuala Pilah ; Sekolah Tamil dan Kuil juga tidak pernah diabaikan dalam diberi bantuan kewangan.
Beliau juga tidak pernah ketinggalan dalam membantu NGO NGO India dikawasan Kuala Pilah , nilai berjuta telah dibelanjakan untuk pembangunan kebajikan kaum India Kuala Pilah ; Sekolah Tamil dan Kuil juga tidak pernah diabaikan dalam diberi bantuan kewangan.
Pelantikan beliau sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna sangat bertepatan dengan situasi politik kini. Sekalung terima
kasih saya ucapkan kepada YAB DS @NajibRazak diatas pelantikan YB Dato’
Hj Hasan Bin Malek , yang merupakan seorang
pemimpin yang bersih dan sentiasa mendahulukan rakyat.
Selama kempen PRU13 , PKR turut
mengakui kebenaran tersebut.
‘ Saya tahu , Dato’ Hasan Malek
telah banyak membantu masyarakat disini, namun sekarang beliau perlu rehat .
Undilah saya, supaya beliau boleh berehat
‘ kata calon PKR Nazree Yunus yang bertanding menentang beliau di kerusi
Parlimen Kuala Pilah sewaktu merayu undi di Pekan Kuala Pilah. Namun masyarakat
Kuala Pilah masih mempercayai Dato’ Hasan Malek dalam memimpin mereka,
dibuktikan dengan majoriti 9,661 undi.
Masyarakat Kuala Pilah kini boleh
berbangga kerana memiliki orang kepercayaan YAB DS @NajibRazak sebagai wakil
rakyat dikawasan mereka.
Tompek Den Ado Najib Kocik
Salam hormat dari @PrinceOfPilah. Tahniah YB Dato’Hj Hasan Bin Malek
Teruskan Perjuangan...





