Pemuda Dihalau MIC N.Sembilan
SEREMBAN – "Saya terkejut apabila tidak dibenarkan masuk," kata Setiausaha Pemuda MIC negeri, S. Satish Kumar.
Satish Kumar mendakwa dia dimalukan apabila dihalang masuk ke bangunan MIC Negeri Sembilan, kelmarin ketika hadir untuk menyerahkan satu dokumen.
Lebih menghairankan, katanya, larangan tersebut dikatakan arahan daripada Pengerusi MIC negeri, Datuk T Rajagopalu.

Menyorot kembali kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Satish Kumar berkata, dia datang ke bangunan MIC negeri di sini kerana mahu menyerahkan beberapa dokuman penting berhubung masalah rakyat.
“Saya terkejut apabila Setiausaha Kerja Rajagopalu tidak membenarkan saya masuk dan meminta saya pulang. Dia memberitahu arahan itu datang dari Rajagopalu.
“Saya tidak faham kenapa beliau mengeluarkan arahan demikian sedangkan saya tidak mempunyai sebarang rekod buruk atau masalah dengan parti," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Kuala Pilah berkata, masalah itu mungkin berpunca daripada tindakannya memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kuala Pilah, baru-baru ini.
"Tindakan saya itu mungkin dianggap melebihinya selaku ketua dalam MIC. Saya hanya menjalankan peranan saya sebagai pemuda MIC dan isu itu kita perjuangkan sejak 2009 lagi," katanya.
Sementara itu Ketua Pemuda MIC Negeri, Palani Mahadevan berkata, beliau kesal kejadian tersebut dan akan membawanya kepada Pemuda MIC peringkat pusat untuk dibincangkan.
Dalam pada itu, Rajagopalu ketika dihubungi Sinar Harian, semalam menafikan ada mengeluarkan arahan tersebut.
"Saya tidak bagi arahan seperti itu dan saya rasa telah timbul salah faham kepadanya.
“Sebenarnya dia sendiri bermasalah kerana saya ada terima aduan daripada MIC Bahagian Kuala Pilah berhubung kelakuannya," katanya.
Berikutan itu, Rajagopalu berkata, beliau akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Satish Kumar.
Sumber :
Sinar Harian
Renungan :
Kalau dulu ADUNLembu Brader Mogan yang menghalau PUTERA MIC keluar dari Dewan Majlis Perbandaran Seremban, kini Dato,T.Rajagopalu pula menghalau Setiausaha Pemuda MIC N.Sembilan. Kalau tidak perlu sokongan golongan muda , cakap saja...kami keluar saja dari MIC dan menyokong mana mana parti yang menghargai perjuangan golongan muda.
Tindakan Tata Tertib? Lawak !!!
Kami sangat arif dengan tindakan tatatertib MIC melalui pengalaman sahabat kami V.Mugilan dan S.Sivarrajh yang telah melaluinya tidak berapa lama dulu, tidak ada apa apa pengaruh melainkan sebagai tempoh bercuti dan mempersiapkan diri secara lebih baik bagi menghadapi perjuangan selanjutnya.
Kalau menurut @PrinceOfPilah, tindakan tatatertib juga harus diambil terhadap setiausaha kerja Dato'T.Rajagopalu yang menghalang Setiausaha Pemuda MIC N.Sembilan masuk ke pejabat MIC N.Sembilan, beliau merupakan penyebab permasalahan ini
Pada 2008 , Dato'T.Rajagopalu bermasalah dengan Ketua Pemuda MIC N.Sembilan R.Rajendran, yang kemudiannya mengakibatkan kekalahan Dato'T.Rajagopalu di DUN Port Dickson pada PRU12. Kini 2012, beliau kembali bermasalah dengan pemuda MIC N.Sembilan, apakah beliau akan kalah lagi yaitu disingkirkan dari jawatan Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan?
Pada 2011, kami membantu untuk Dato'T.Rajagopalu untuk kembali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan setelah disingkirkan oleh Dato' Seri S.Samyvellu dan menggantikan beliau dengan ADUNLembu Brader Mogan, kini siapa yang akan membantu untuk mempertahankan beliau?
Menurut sumber, 4 Ketua Bahagian,Pemuda dan Wanita akan bertemu dengan Dato' Seri G.Palanivel dalam masa singkat untuk meminta Dato'T.Rajagopalu disingkirkan dan diganti dengan ADUNLembu Brader Mogan.
Pelajaran Dari Artikel Diatas : Pergolakkan Politik MIC N.Sembilan tidak akan berhenti selagi Dato'T.Rajagopalu, ADUNLembu V.Mogan dan beberapa orang lain diganti degan muka baru yang lebih mengutamakan kepentingan masyarakat dari kroni.
Akibat dari perbuatan MIC N.Sembilan blog blog Pakatan Rakyat mempermainkan isu tersebut sebagai titik permulaan kejatuhan MIC N.Sembilan dalam menghadapi PRU13.
Pengkhianat Akan Dibalas Dengan Pengkhianatan
Teruskan Perjuangan...